Saturday, April 17, 2010

Langkah-Langkah Penjagaan OS

  1. Kepada anda diluar sana, kita sering menghadapi situasi bila pc kita mengalami  masalah.kadang-kadang masalah yang timbul tidak terduga dan jarang-jarang ditemui.Tiba-tiba sahaja keluar"system halted"or "system error" dan yang paling kerap terjadi bila kita tidak menjaga OS pc anda adalah system OS not found or please press cntrl+alt+del to resart your pc sebab your windows cannot boot properly..Ini adalah masalah yang sering berlaku sekiranya anda sebagai pengguna tidak menjaga OS anda dengan baik.Masalah berikut boleh diatasi sekiranya anda tahu untuk mengurus sistem operasi(OS) anda dengan sempurna.Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga OS.Jom kita tengok bersama.....

Langkah-Langkah Penjagaan:
  1. Pastikan anda switch off pc/laptap anda secara betul setiap kali anda sudah menggunakannya.Jika anda gagal berbuat berkenaan maka besar kemungkinan suatu hari nanti akan berlaku system os anda menjadi kurang stabil.Oleh itu sentiasa shutdown properly.Malah ini akan membantu menjaga hardware pc/laptop anda.
  2. Sila pasang perisian yang benar-benar stabil dan selamat.Ini bagi mengelakkan pc/laptop anda daripada ancaman malware atau adware yang sering disertakan bersama perisian yang kurang diketahui asal usulnya.Jika perisian yang tidak stabil dipasang maka ini akan menyebabkan OS anda tidak stabil dan sekiranya anda berjaya membuang perisian berkenaan berkemungkinan masih ada 'bug' yang yang ditinggalkan di pc/laptop anda.
  3. Jangan terlalu banyak meletakkan fail berkapasiti besar di desktop anda dan adalah lebih baik meletakkan pada drive yang lain contohnya pada local D selain dari Local C(tempat letaknya OS anda).Perbuatan ini akan menyebabkan system akan menjadi berat dan bila proses startup berlaku masa untuk loading page akan menjadi lambat.Malah bagi situasi kritikal ia sering menyebabkan system crash.
  4. Sila pasang perisian yang sering diguna sahaja.Jika anda memasang terlalu banyak perisian ini akan menyebabkan prosessor bekerja keras untuk menjalankan perisian berkenaan.Perisian yang terlalu banyak tetapi tidak diguna akan membebankan OS anda secara keseluruhan ditambah lagi jika pc/laptop anda mempunyai RAM yang rendah.
  5. Sila pasang persisian keselamatan .Perisian keselamatan amat penting untuk menjaga OS anda dari dijanagktiti virus dan juga malware..Perisian keselamatan contohnya Antivirus,Antispyware.antirootkit ini menolong menjaga pc/laptop anda dari serangan virus dan code-code jahat yang sering melumpuhkan system OS yang tidak dilindungi.Jadi pasanglah sekurang-kurangnya Antivirus pada pc/laptop anda.Terdapat banyak Antivirus percuma seperti Avast antivirus,AVG antivirus,Avira Antivirus,CalmWin Antivirus(open source)Atom Antivirus.
  6. Jangan lupa untuk lakukan imbasan ke atas OS menggunakan Antivirus dan perisian keselamatan tambahan.Dan sentiasa kemaskini Antivirus anda untuk mendapatkan latest virus database.Ini penting untuk mendapat perlindungan yang maximum terhadap ancaman virus terkini.
  7. Lakukan update ke atas OS anda.OS yang sentiasa update mengurangkan kadar berlakunya system crash dan error.Ini kerana organisasi pembuat OS sentiasa melakukan penambahbaikan ke atas OS mereka untuk menjamin User mendapat kepuasan menggunakan OS mereka.Segala securty update dan patches akan dihantar secara online dan automatik. 
  8. Lakukan defragmentation bagi menyusun kedudukan fail dalam harddisk(OS).Ini penting bagi menyusun semula fail yang berada di dalam OS yang mungkin berterabur setelah sekian lama digunakan.Makin besar dan makin banyak fail maka semakin lama proses tersebut akan berjalan. 
Diharap langkah-langkah yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam menjaga pc/laptop untuk menjamin sistem operasi yang sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan untuk memudahkan kerja anda seharian.