Wednesday, October 20, 2010

Nak Backup Bookmark pada Firefox??

   Assalammualaikum dan salam sejahtera semua :) ~~~ .Kali nie kita akan berbicara tentang Web Browser.Saya pasti tentu anda semua selalu menggunakan aplikasi ini.Lebih-lebih lagi IE ( Internet Explorer ) yang terkenal dan dilengkapkan bersama sistem Operasi Windows.Namun IE hanya mula disertakan di dalam Windows 95 Plus! Pack


   Dari versi 1.0 hinggalah ke versi IE9 yang bakal dilepaskan kepada umum tidak lama lagi.Dulu ia amat popular dan kini IE terpaksa bersaing dengan web browser lain yang muncul dan tampil dengan keistimewaan tersendiri.Antaranya seperti Mozilla Firefox yang dulu terasnya bermula dari Netscape Navigator.Begitu juga Opera web browser yang muncul sekitar tahun 1994, Goolge Chrome, Safari dan banyak lagi.Google2 lah sendiri k!.heheee. 
   Terlanjur bercerita tentang web browser nie saya nak kongsikan bagaimana nak backup bookmark,history,extension,paswords menggunakan software khas MozBackup.Software ini menyokong web browser Firefox, Flock, Seamonkey, Netscape dan juga email client seperti Thunderbird.
Anda boleh download software tersebut di sini  Download
Siap di pasang dan beginilah rupa perisian MozBackup. 


   Untuk melakukan backup klik next dan pilih nak backup apa. Ia juga mempunyai fungsi restore, kalau backup jer boleh restore tak boleh masalah lah pulak kan.hehehe :)   Untuk artikel nie  saya pillih Firefox untuk di backup.














   Pilih bahagian yang hendak di backup. Seperti di atas saya pilih untuk backup General Setting, Bookmarks, History, Extensions, Saved Password, Cookies, Saved form details, Download file list dan Certificates.Klik next dan akan muncul tetingkap untuk pilih sama ada nak letak password untuk file yang dibackup atau pun tidak.


Proses backup sedang dijalankan.


Proses backup telahpun selesai :) ~~~~~ 

# Klik pada gambarajah untuk gambaran yang lebih jelas

Untuk restore kembali file tadi, ikuti langkah yang sama dan user cuma perlu tukar pilihan kepada restore backup.
Software ini sangat berguna untuk user yang nak pindahkan setting yang sama pada firefox browser pc yang baru.Jadi tak payahlah nak saved satu demi satu bookmark.. Mudah bukan??

Selamat mencuba!!

Tuesday, October 19, 2010

Printer Spooler?

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.Nampaknya sudah 2 minggu saya menggunakan aplikasi ( TuneUp Utilities ) dan perisian ini begitu mudah untuk digunakan dan juga diselenggara mengikut keperluan individu.Terdapat fungsi yang menarik dan amat berguna untuk pengguna komputer.Nak dipanjangkan cerita ahad yang lepas saya terjumpa 1 artikel menarik di Internet lalu hendak mencetaknya,tiba-tiba keluar 1 mesej seperti ini 

   Persoalan kenapa tak boleh print terus timbul di minda.. heheheheee.. Akhirnya saya teringat yang aplikasi TuneUp Utilities tu penah suggest untuk tukarkan setting Printer Spooler kepada manuall dari yang asalnya Auto.Patutlah tak leh nak print.Meh saya kongsikan pulak cara nak aktifkan balik Printer Spooler dengan munggunakan arahan CMD.
Mula-mula tekan kekunci  logo windows dan taip cmd pada kotak search di bawah tersebut dan terus tekan kombinasi Ctrl + Shift + Enter
Tunggu sehingga kotak User Account Control untuk Windows Command Prosessor muncul.Seterusnya gunakan pulak kombinasi kekunci Alt + Y untuk membuka Command Prompt sebagai Administrator.User biasa tiada akses untuk mengaktifkan Printer Spooler.Di bawah merupakan Command Prompt under Administrator.















Taipkan net start spooler dan tekan Enter untuk mengaktifkan Printer Spooler seperti gambarajah di bawah.














Dan sekarang bolehlah mencetak. :) hehee..
Namun jika  tak nak setiap kali buat macam nie bila nak mencetak,bolehlah menukar setting Manuall Printer Spooler kepada Automatic
Ikuti langkah-langkah berikut
Taip services.msc di command Prompt dan tetingkap Services seperti gambarajah dibawah akan muncul.
Scroll down dan cari Printer Spooler dan dan anda boleh lihat ia berada dalam keadaan Manuall.





Right klik pada Printer Spooler dan pilih Properties.


























Tukar status start up type kepada Automatic dengan klik pada drop down arrow.Klik apply dan Ok.


























Kini anda tidak perlu lagi aktifkan Printer Spooler secara manuall. :) Namun saya tetap pilih untuk guna secara manuall. hehehe..
Selamat Mencuba!!!!

p/s : Proses ini dilakukan pada Windows 7

Saved PrintScreen Image to Another Format?

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua.Kali ini pulak saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana nak saved kan PrintScreenImage kepada format yang lain.Tak kisahlah anda menekan kombinasi ALT+Printscreen or Ctrl + Printscreen or AltGr + Printscreen pada laptop.

Sebagai contoh saya nak tukarkan gambar calculator ini ke format ke PNG image untuk memudahkan diletakkan pada blog.
Selepas menekan Alt + Printscreen or AltGr + Printscreen pada laptop anda akan dapat image seperti di atas.Kemudian buka aplikasi Paint dan paste image di atas ke Paint seperti gambarajah di bawah.
Jika anda ingin  resize image terbabit anda bolehlah drag and drob arrow mengikut citarasa sendiri.Kemudian  klik pada butang saved as dan pilih untuk saved ke format berlainan.Sebagai contoh saya saved kan image calculator ini kepada image PNG seperti di bawah.

Jom tengok hasilnya :)

 # Sila klik Pada Gambarajah Untuk Gambaran Yang Lebih Jelas

Boleh nampak image tersebut formatnya PNG ?..

Selamat Mencuba!!

How to Disable or Enable Folder Options in Windows 7

   Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 Malaysia buat semua.. Kali ini saya akan memberikan tips yang cukup simple untuk Disable folder option pada windows anda.Mungkin ramai yang tahu kegunaan folder option ini dan sering kali kita mendengar folder option ini dimanipulasi oleh virus dan menambah kesukaran untuk membuang virus.Jom kita lihat bagaimana untuk Disable Folder Option:

Pertama sekali tekan win key + R untuk memaparkan kotak Run


Taipkan regedit di dalamnya dan tekan Enter untuk memaparkan Registry Editor.


Sila ikut turutan pada arahan berikut dengan betul :
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Current Version\Policies\Explorer

Jika turutan di atas diikuti dengan betul anda akan berada di tempat seperti gambarajah dibawah

Pada kotak sebelah kanan anda perlulah membuat REG_DWORD baru dengan right klik mouse anda pilih  New dan pilih DWORD (32 bit) value

Value Name: NoFolderOptions
 Data Type: REG_DWORD (DWORD Value)
 Value Data: (0 = show options, 1 = hide options)
# Sila Klik Pada Gambar Untuk Gambaran Yang Lebih Jelas

Klik OK dan keluar dari registry editor.Restart pc/laptop and untuk melihat hasilnya..
Anda haruslah berhati-hati semasa berada di dalam registry editor supaya tidak terdelete sesuatu. :)
Selamat mencuba!!

Monday, May 24, 2010

Kepentingan Perisian Keselamatan Terhadap PC/LAPTOP

        Perkembangan sistem operasi (OS) amat pantas pada zaman sekarang,.Kita boleh lihat OS yang pelbagai samada dari keluarga WINDOWS,MAC dan LINUX.Malahan Google juga telah membuat OS mereka sendiri. Ketiga-tiga OS ini merupakan OS yang paling popular di kalangan pengguna biasa di seluruh dunia.Tidak dinafikan juga terdapat OS lain namun jarang kita  lihat penggunaannya di kalangan user biasa contohnya UNIX,SOLARIS.Namun OS yang berasaskan Open Source mempunyai banyak variasi.Walaupun mempunyai berbagai variasi dan jenis namun kemampuan OS tersebut untuk bersaing dengan OS Windows amatlah rendah.Windows OS merupakan OS yang paling popular dan juga paling banyak user di seluruh dunia.Antara faktor-faktor yang membawa kepada banyaknya pengguna Windows adalah sifat OS berkenaan yang mudah guna serta banyak software yang di buat untuk beroperasi khas bersama Windows dan juga kesesuaiannya untuk di adaptasi di tempat kerja,dan juga di institusi-institusi pendidikan.Malah penggunaan Windows juga meluas ke pusat-pusat penyelidikan dunia.

        Namun title popular ini telah meletakkan Windows OS berada pada tangga teratas menjadi mangsa penggodam,masalah virus,malware,rootkits,adware,trojan dan juga kecurian data yang membawa kegagalan OS ini untuk berfungsi dengan baik.Malah membawa kepada kerosakan OS terbabit.Untuk mengatasi masalah yang berkaitan,akhirnya wujud pula perisian keselamatan bertujuan  untuk menangkis dan melindungi dari serangan serta jangkitan dari kod-kod perosak ini dari menyerang Windows OS.Malah perisian ini juga direka untuk membantu memulih fail-fail,sistem yang diubah suai serta di'block' oleh virus mahupun  trojan,.

      Kepintaran virus dan suku sakatnya pada zaman sekarang telah berkembang dengan meluasnya,.Kemusnahan yang dibawa oleh virus-virus ini menjadi semakin serius..Oleh yang demikian setiap pengguna komputer perlu berjaga-jaga dari masa ke semasa.Pengguna haruslah memasang perisian antivuris yang terdapat dalam 2 pilihan iaitu Antivirus percuma dan juga Antivirus berbayar(premium).Berikut adalah antara Antivirus percuma yang popular:

    Perlu diingatkan bahawa perisian keselamatan percuma ini hanya memberikan perlindungan asas sahaja.Namun lebih baik dari tidak mempunyai Antivirus langsung.Tidak seperti perisian premium,ia memberikan lebih banyak ciri-ciri keselamatan tambahan malah memberikan khidmat teknikal secara 'real time' jika berlaku serangan virus.Malah jika anda gagal untuk mematikan virus atau remove.Anda juga boleh meminta pertolongan dari pakar-pakar antivirus berkenaan secara terus(online help).

     Pilihan di tangan anda sebagai pengguna yang bijak. :) Jika anda inginkan perlindungan yang lebih ampuh dan mantap,anda boleh memilih untuk melanggan perisian keselamatan seperti Norton AV,Kaspersky,Bitdefender,Macfee AV,AVG Antivirus,Avast Antivirus dan banyak lagi pilihan lain yang baik,mengikut kesesuaian anda dan keselesaan cara penggunaan dan pengurusan Antivirus.Jika anda berminat untuk melanggan,anda boleh ke Tab Antivirus Premium Store pada blog saya.

Sila Email atau SMS saya di :

  • bendisoftware@gmail.com
  • PC-iCare@hotmail.com
  • SMS ke 019-8454252(untuk proses lebih cepat)







    Wednesday, May 12, 2010

    Tips On How To Make Firefox Run Faster

    Reduce the amount of RAM Firefox uses for its cache feature



    1. Type “about:config” (no quotes) in the adress bar in the browser.
    2. Find “browser.sessionhistory.max_total_viewer”
    3. Set it’s value to “0“;(Zero)

    Increase the Speed at Which Firefox loads pages

    1. Type “about:config” into the address bar and hit Enter.
    (Normally the browser will make one request to a web page at a time. When you enable pipelining it will make several at once, which really speeds up page loading.)

    2. Alter the entries as follows:

    Set “network.http.pipelining” to “true”
    Set “network.http.proxy.pipelining” to “true”
    Set “network.http.pipelining.maxrequests” to some number like 10.

    This means it will make 10 requests at once.

    3. Lastly, right-click anywhere and select New-> Integer. Name it “nglayout.initialpaint.delay” and set its value to “0“;.(Zero)
    This value is the amount of time the browser waits before it acts on information it receives. If you’re using a broadband connection you’ll load pages faster now.

    Optionally (for even faster web browsing) here are some more options for your about:config (you might have to create some of these entries by Right Click –> New– > Interger or String

    network.dns.disableIPv6: set “false”
    “content.notify.backoffcount”: set “5“; (Five)
    “plugin.expose_full_path”: set “true”.
    “ui.submenuDelay”: set “0; (zero)

    Reduce RAM usage to 10MB when Firefox is minimized:

    This little hack will drop Firefox’s RAM usage down to 10 Mb when minimized:

    1. Open Firefox and go to the Address Bar. Type in about:config and then press Enter.
    2. Right Click in the page and select New -> Boolean.
    3. In the box that pops up enter “config.trim_on_minimize”. Press Enter.
    4. Now select True and then press Enter.
    5. Restart Firefox.

    Try at yourown risk!! ^_^ 


    Info From link

    Monday, April 19, 2010

    Tanda-Tanda Komputer Diserang Code Jahat(Virus,Malware etc)

    Mungkin ramai di antara kita yang sering tertanya-tanya Pc/laptop aku kenapa ya?tiba-tiba lembablah pulak,mana pulak perginya folder option aku ni?.Mungkin ada yang tidak perasan perkara seperti di atas dan tidak kurang juga yang tidak menghiraukan apa yang telah berlaku.Mungkin ini tanda-tanda pc/laptop kesayangan anda telah dijangkiti virus yang suatu hari nanti akan memeningkan kepala anda jika tidak diambil perhatian yang sewajarnya.Tapi kali ini saya tidak akan membincangkan cara-cara untuk membuang virus,mungkin pada artikel yang akan datang.Berikut adalah antara simptom-simptom yang kerap berlaku bila virus tersebar pada sesebuah pc/laptop :



    • (System Slowing Down).Pc/laptop anda  menjadi perlahan,tidak seperti dulu.Nak tunggu start up tu lambat sangat.Ini adalah simptom yang biasa kita lalui,namun tidak juga mengesahkan 100% pc/laptop terkena virus,ini kerana jika terlalu banyak memasang perisian juga akan melembabkan pc/laptop anda.Faktor RAM juga bersangkut paut.Tetapi jika pc/laptop anda tidak ada sofware yang banyak,malah RAM anda telah berada pada tahap maximum muatan,tetapi system anda lembab dan perlahan,besar kemungkinan system pc/laptop anda telah dijangkiti virus.
    • (Folder Option Missing).Mungkin anda tidak akan mengesyaki pc/laptop anda diserang virus jika anda bukan seorang pengguna yang sering menyembunyikan folder atau fail.Bagi yang kaki sembunyikan fail mungkin ini akan menjadi masalah besar.Fail sudah  selamat disembunyi,namun bila hendak view semula fail terbabit folder option pulak hilang.Maka anda juga menjadi mangsa penyembunyian anda sendir ^_^.. Malah ada juga kes folder option tidak hilang,tetapi bila klik pada pilihan show hidden files dan apply,tidak ada apa-apa yang berlaku.Fail yang hidden masih tidak kelihatan.Tetapi ada juga sesetangah organisasi yang sengaja disable folder option untuk melindungi peralatan ICT mereka.Jangan pula anda terkejut ya.. ^_^.Tujuan virus menyembunyikan folder option atau disable aplikasi berkenaan adalah untuk mengelakkan anda dari melihat fail virus tersebut.Ini penting bagi virus tersebut untuk mengelak  dari dimusnahkan dan dikesan.
    • (Task Manager Disable)Tiba-tiba web browser anda hang,anda klik pangkah tidak juga dapat end program tersebut.Maka untuk mematikannya di dalam task manager anda tekan Ctrl+Alt+Del.Task manager anda tidak timbul-timbul.Apa yang anda tahu tidak pula pernah disablekan task manager.Inilah salah satu perbuatan jahat virus.Virus akan  disablekan task manager anda,agar tidak dapat melihat servis dan tugasan semasa.Ini adalah untuk memastikan proses yang dijalankan oleh virus berkenaan tidak dapat dimatikan.Ini penting bagi virus untuk terus beroperasi dibelakang tabir tanpa disekat.
    • (Registry Editor Disable)Dengan rasa marah anda terus membuka registry editor untuk mengesan apa yang telah terjadi pada sistem anda,untuk enable balik folder option dan task manager.Namun sekali lagi anda telah disekat oleh virus berkenaan.Registry editor anda juga telah disable.Kini anda tidak dapat membuang dan mengesan entry virus yang bermaharajalela. 
    • (Antivirus Disable)Setelah gagal untuk membuka semua pilihan di atas,anda mula tersenyum bila anda teringat tentang Antivirus pada pc/laptop anda.Dengan pantas anda klik pada Antivirus tesebut untuk scan dan membuang virus yang menyakitkan hati itu.Namun Antivirus anda gagal muncul.Malah ada error mengatakan Antivurs anda gagal untuk dilancarkan.Kini Antivirus anda pula telah dilumpuhkan.
    • (Access Denied)Anda tidak berputus asa,anda membuka web browser dan terus mencari Antivirus lain di internet.Bila anda pergi saja ke laman tersebut tiba-tiba (The connection has timed out) dengan kata lain capaian ke site keselamatan sebagai contoh laman antivirus,malware remover etc gagal untuk di akses.Virus akan menghalang web browser anda berhubung dengan website berkaitan keselamatn untuk mengelak anda mendpatkan Antvirus yanga akan mengancam keberadaannya pada system anda.
    • Wujud pula (File exe dan Autorun .inf)yang tidak anda kenali pada Drive anda sama ada pada local C dan D.Jika anda berjaya membuang fail ini,ia akan muncul semula bila anda restart pc/laptop anda.
    • (System Restart Itself)Ini merupakan satu lagi simptom yang berlaku.Malah ini adalah simtom yang amat menyakitkan hati kerana pc/laptop anda restart sendiri pada bila-bila masa ia suka..Malah ada juga yang akan restart bila anda cuba untuk memasang perisian keselamatan tambahan bagi membuang virus tersebut.


    Bila anda mengesan berlakunya perkara-perkara di atas,maka ambilah langkah berjaga-jaga dan sewajarnya untuk menyelamatkan pc/laptop anda dari menjadi mangsa virus yang menjangkitinya.Mencegah lebih baik dari mengubat.

      Saturday, April 17, 2010

      Langkah-Langkah Penjagaan OS

      1. Kepada anda diluar sana, kita sering menghadapi situasi bila pc kita mengalami  masalah.kadang-kadang masalah yang timbul tidak terduga dan jarang-jarang ditemui.Tiba-tiba sahaja keluar"system halted"or "system error" dan yang paling kerap terjadi bila kita tidak menjaga OS pc anda adalah system OS not found or please press cntrl+alt+del to resart your pc sebab your windows cannot boot properly..Ini adalah masalah yang sering berlaku sekiranya anda sebagai pengguna tidak menjaga OS anda dengan baik.Masalah berikut boleh diatasi sekiranya anda tahu untuk mengurus sistem operasi(OS) anda dengan sempurna.Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga OS.Jom kita tengok bersama.....

      Langkah-Langkah Penjagaan:
      1. Pastikan anda switch off pc/laptap anda secara betul setiap kali anda sudah menggunakannya.Jika anda gagal berbuat berkenaan maka besar kemungkinan suatu hari nanti akan berlaku system os anda menjadi kurang stabil.Oleh itu sentiasa shutdown properly.Malah ini akan membantu menjaga hardware pc/laptop anda.
      2. Sila pasang perisian yang benar-benar stabil dan selamat.Ini bagi mengelakkan pc/laptop anda daripada ancaman malware atau adware yang sering disertakan bersama perisian yang kurang diketahui asal usulnya.Jika perisian yang tidak stabil dipasang maka ini akan menyebabkan OS anda tidak stabil dan sekiranya anda berjaya membuang perisian berkenaan berkemungkinan masih ada 'bug' yang yang ditinggalkan di pc/laptop anda.
      3. Jangan terlalu banyak meletakkan fail berkapasiti besar di desktop anda dan adalah lebih baik meletakkan pada drive yang lain contohnya pada local D selain dari Local C(tempat letaknya OS anda).Perbuatan ini akan menyebabkan system akan menjadi berat dan bila proses startup berlaku masa untuk loading page akan menjadi lambat.Malah bagi situasi kritikal ia sering menyebabkan system crash.
      4. Sila pasang perisian yang sering diguna sahaja.Jika anda memasang terlalu banyak perisian ini akan menyebabkan prosessor bekerja keras untuk menjalankan perisian berkenaan.Perisian yang terlalu banyak tetapi tidak diguna akan membebankan OS anda secara keseluruhan ditambah lagi jika pc/laptop anda mempunyai RAM yang rendah.
      5. Sila pasang persisian keselamatan .Perisian keselamatan amat penting untuk menjaga OS anda dari dijanagktiti virus dan juga malware..Perisian keselamatan contohnya Antivirus,Antispyware.antirootkit ini menolong menjaga pc/laptop anda dari serangan virus dan code-code jahat yang sering melumpuhkan system OS yang tidak dilindungi.Jadi pasanglah sekurang-kurangnya Antivirus pada pc/laptop anda.Terdapat banyak Antivirus percuma seperti Avast antivirus,AVG antivirus,Avira Antivirus,CalmWin Antivirus(open source)Atom Antivirus.
      6. Jangan lupa untuk lakukan imbasan ke atas OS menggunakan Antivirus dan perisian keselamatan tambahan.Dan sentiasa kemaskini Antivirus anda untuk mendapatkan latest virus database.Ini penting untuk mendapat perlindungan yang maximum terhadap ancaman virus terkini.
      7. Lakukan update ke atas OS anda.OS yang sentiasa update mengurangkan kadar berlakunya system crash dan error.Ini kerana organisasi pembuat OS sentiasa melakukan penambahbaikan ke atas OS mereka untuk menjamin User mendapat kepuasan menggunakan OS mereka.Segala securty update dan patches akan dihantar secara online dan automatik. 
      8. Lakukan defragmentation bagi menyusun kedudukan fail dalam harddisk(OS).Ini penting bagi menyusun semula fail yang berada di dalam OS yang mungkin berterabur setelah sekian lama digunakan.Makin besar dan makin banyak fail maka semakin lama proses tersebut akan berjalan. 
      Diharap langkah-langkah yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam menjaga pc/laptop untuk menjamin sistem operasi yang sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan untuk memudahkan kerja anda seharian.

      Monday, March 22, 2010

      PENING!!


      Selamat Datang ke Blog Good Enough Center (PC-iCare) .Anda mengalami masalah dengan Komputer anda???. Ataupun laptop anda tiba-tiba blank?..Tiba-tiba BSOD?(blue screen of death).Anda pasti bengang!Bukaan itu sahaja,anda pula sudah kesuntukan waktu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan perlu untuk dihantar keesokkan harinya!!. Apa dah jadi??..Dahla bengang stress pulak jadinya.Ada juga yang tengah concerntrate edit powerpoint untuk presentation untuk meeting yang amat penting esok tiba-tiba bila kekunci ENTER ditekan pop!! Alamak! Biru!! Pasti anda rasa amat marah,risau,bengang dan pening.. Ditambah lagi anda belum sempat untuk save kerja tersebut.Pening!pening!Rasa nk pitam.
       Namun begitu banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.Kami ada penyelesaiannya!!